Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
- Untuk makluman tuan/puan, pada hari ini 30 Mei 2018, terdapat banyak aduan mengenai gangguan akses kepada sistem e-Filing Mahkamah oleh para peguam. Oleh itu, tindakan pembetulan sedang diambil oleh pihak Mahkamah.
- Sehubungan ini, para peguam dinasihatkan untuk membuat pemfailan dokumen Mahkamah di kaunter biro perkhidmatan Mahkamah dengan mengemukakan salinansoftcopydokumen-dokumen berkaitan kepada petugas Mahkamah. Ini kerana alat pengimbas di kaunter biro adalah sangat terhad. Bagi tujuan ini, tiada sebarang caj perkhidmatan biro akan dikenakan.
- Pemfailan secara perkhidmatan biro ini akan diteruskan buat sementara waktu sehingga masalah gangguan akses ini berjaya diatasi dan kami akan maklumkan segera perkembangan terkini kepada pihak tuan/puan.
- Kerjasama pihak tuan/puan adalah dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada semua peguam.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
HAMIDAH
(HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL)
Pengarah
Bahagian e-Kehakiman
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 3, Istana Kehakiman
Presint 3, 62506 Putrajaya
Tel : 03 88803531
(36)