NOTIS PENTING
1) Semua deraf perintah atau notis iklan bagi kes-kes kebankrapan hendaklah difailkan mengikut format yang ditetapkan (seperti di lampiran) dan mestilah dibawa bersama-sama pada hari perbicaraan DAN BUKANNYA difailkan bersama-sama dengan permohonan.
2) Bagi Peguam yang ingin membuat CTC (Salinan Diakui Sah), anda diminta memfailkan bersama-sama dengan salinan asal dokumen bagi mempercepatkan proses pengeluaran dokumen CTC tersebut.
(Salinan “ Telah Termeterai (TM) “ tidak boleh diakui sah).
3) Semua dokumen MESTILAH difailkan di dalam versi Bahasa Melayu, manakala bagi kes Penggulungan Syarikat ( Kod 28 ) dan Penceraian (Kod 33 ), dokumen boleh difailkan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
4) Bagi perkara (2) dan (3) di atas, Pekeliling Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Bil. 1/2009 adalah dirujuk dan digunapakai.
ARAHAN INI BERKUATKUASA MULAI 01 JULAI 2009.
PENOLONG KANAN PENDAFTAR,
MAHKAMAH TINGGI MALAYA MELAKA.
LAMPIRAN:
1. Contoh Perintah dan Notis-SS.CP
2. Contoh Perintah dan Notis-EX & SS.BN
3. Contoh AORO
(560)