Notis Penting

NOTIS PENTING

1)  Semua deraf perintah atau notis iklan bagi kes-kes kebankrapan hendaklah difailkan mengikut format yang ditetapkan (seperti di lampiran) dan mestilah dibawa bersama-sama pada hari perbicaraan DAN BUKANNYA difailkan bersama-sama dengan permohonan.

2)  Bagi Peguam yang ingin membuat CTC (Salinan Diakui Sah), anda diminta memfailkan bersama-sama dengan salinan asal dokumen bagi mempercepatkan proses pengeluaran dokumen CTC tersebut.

     (Salinan “ Telah Termeterai (TM) “ tidak boleh diakui sah).

3) Semua dokumen MESTILAH difailkan di dalam versi Bahasa Melayu, manakala bagi kes Penggulungan Syarikat ( Kod 28 ) dan Penceraian (Kod 33 ), dokumen boleh difailkan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

4) Bagi perkara (2) dan (3) di atas, Pekeliling Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Bil. 1/2009 adalah dirujuk dan digunapakai.

 

ARAHAN INI BERKUATKUASA MULAI 01 JULAI 2009.

PENOLONG KANAN PENDAFTAR,

MAHKAMAH TINGGI MALAYA MELAKA.

               

LAMPIRAN:

1.      Contoh Perintah dan Notis-SS.CP

2.      Contoh Perintah dan Notis-EX & SS.BN

3.      Contoh AORO

 

(560)

Comments are closed.