Bakul Buah untuk Barisan Hadapan

Kutipan Derma bagi “Bakul Buah untuk Barisan Hadapan” telah dilancarkan melalui Pekeliling No. 23 Tahun 2022 kepada semua ahli Jawatankuasa Peguam Negeri Melaka. Sejumlah RM3,220.00 telah berjaya dikumpul bagi tujuan program ini. Sumbangan daripada firma-firma dan pihak-pihak berikut amatlah dihargai dan telah memberkati petugas-petugas barisan hadapan yang menerima bakul buah di bawah inisiatif ini:

  • Tetuan Koh Kim Leng & Company
  • Tetuan The Law Chambers of Redzuan & Faiezad
  • Tetuan Desmond Ho & Associates
  • Tetuan Norasmadi & Noraini
  • Tetuan Andrew T S Goh & Associates
  • Tetuan Sekar Gill & C. Suren
  • Tetuan Go Tiong Siew & Associates
  • Tetuan Chia & Lee
  • Tetuan W K Chan & Co
  • Tetuan Saleha Tahir & Partners
  • Tetuan Nik & Associates
  • Tetuan Bala Gopal & Associates
  • Tampoi FC (Football Club)
  • Tetuan Kavi & Co
  • Nur Nadiah Binti Tamby

Sebanyak 107 buah bakul buah berserta air minuman kotak diserahkan kepada petugas barisan hadapan, termasuk anggota polis, anggota bomba, pegawai perubatan dan pengawal keselamatan.


Pada 23 April 2022, sekitar pukul 11.00 pagi, semua sukarelawan yang terdiri daripada 3 orang peguam, 6 orang pelatih dalam kamar dan seorang sukarelawan berkumpul di hadapan bangunan Jawatankuasa Peguam Negeri Melaka dan kemudiannya bergerak dalam 2 kumpulan ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Lokasi-lokasi yang telah dilawati:

  • Mahkamah Melaka
  • Balai Bomba Padang Temu
  • Balai Bomba Merlimau
  • Balai Polis Bukit Baru
  • Balai Bomba Jalan Kubu
  • Mahkamah Syariah Daerah Jasin
  • Balai Polis Batu Berendam
  • Balai Polis Bandar Hilir
  • Balai Polis Merlimau
  • Balai Bomba Ayer Keroh (MITC)
  • Balai Polis Melaka Tengah
  • Balai Polis Kandang
  • Balai Bomba Bukit Katil
  • Hospital Melaka
  • Balai Polis Bemban
  • Mahkamah Syariah Melaka
  • Balai Polis Malim
  • Balai Bomba Jasin
  • Balai Polis Taman Tasik
  • Balai Polis Tengkera
  • Hospital Jasin
  • Wisma Persekutuan
  • IPD Melaka Tengah
  • SMK Tun Perak
  • Balai Polis Durian Tunggal
  • Balai Polis Tangga Batu
  • SK Bemban
  • Masjid Al Azim
  • Balai Polis Batang Tiga
  • Hospital Alor Gajah
  • IPK Ayer Keroh
  • Balai Bomba Tangga Batu
  • Mahkamah Alor Gajah
  • Masjid Cina
  • Balai Bomba Alor Gajah
  • Balai Polis Alor Gajah

Akibat kekangan sukarelawan, penyerahan bakul buah di Daerah Jasin tidak dapat disempurnakan pada 23 April 2022 dan disempurnakan pada 24 April 2022 oleh wakil sukarelawan yang telah diamanahkan.


Kehadiran sukarelawan disambut baik di kesemua lokasi yang telah disinggahi. Ada juga sebahagian penerima bakul buah ini mendoakan agar penyumbang diberikan kebaikan dan dimurahkan rezeki.
Keringat, masa dan wang yang telah dicurahkan oleh semua yang terlibat dengan program ini terbalas apabila senyuman manis diukirkan oleh semua penerima yang terlibat. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

(138)

Comments are closed.