Circular : Soal Selidik Sistem Penyampaian di Mahkamah

  • By AdminL
  • December 2, 2008
  • Comments Off on Circular : Soal Selidik Sistem Penyampaian di Mahkamah

Kepada Majlis Peguam dan semua Jawatankuasa Peguam Negeri:

Bagi tujuan penambahbaikan sistem penyampaian di Mahkamah, Pejabat Ketua Pendaftar atas arahan Ketua Hakim Negara telah menjalankan satu soal selidik berkenaan dengan pengeluaran deraf perintah, perintah bersih dan juga carian fail di semua mahkamah seluruh Malaysia. Hasil soal selidik tersebut dilampirkan di sini.

Sehubungan dengan itu, dipohon kepada semua Jawatankuasa Peguam setiap negeri untuk memberi maklumbalas berkenaan ketepatan data soal selidik tersebut berdasarkan pengalaman para peguam berurusan di mahkamah dan juga mengemukakan sebarang cadangan membina untuk memperbaiki sistem penyampaian di mahkamah.

Segala maklumbalas daripada Jawatankuasa Peguam bolehlah dihantar secara bertulis melalui faks ke Bahagian Penyelidikan Kehakiman dan Perhubungan Awam, Mahkamah Persekutuan Malaysia di nombor faks 03-8888 5464 /  3955 atau melalui e-mel ke asyida@kehakiman.gov.my atau sabreena@mahkamah.gov.my pada atau sebelum 31 Disember 2008.

Kerjasama daripada tuan dan puan kami dahului ucapan terima kasih.

Bahagian Penyelidikan Kehakiman dan Perhubungan Awam
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 2, Istana Kehakiman,
Presint 3, Putrajaya.

(365)

Comments are closed.