Gangguan Akses kepada Sistem E-Filing Mahkamah (30 Mei 2018)

  • By phangjaijuet
  • May 30, 2018
  • Comments Off on Gangguan Akses kepada Sistem E-Filing Mahkamah (30 Mei 2018)

Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

  1. Untuk makluman tuan/puan, pada hari ini 30 Mei 2018, terdapat banyak aduan mengenai gangguan akses kepada sistem e-Filing Mahkamah oleh para peguam. Oleh itu, tindakan pembetulan sedang diambil oleh pihak Mahkamah.

  1. Sehubungan ini, para peguam dinasihatkan untuk membuat pemfailan dokumen Mahkamah di kaunter biro perkhidmatan Mahkamah dengan mengemukakan salinansoftcopydokumen-dokumen berkaitan kepada petugas Mahkamah. Ini kerana alat pengimbas di kaunter biro adalah sangat terhad. Bagi tujuan ini, tiada sebarang caj perkhidmatan biro akan dikenakan.

  1. Pemfailan secara perkhidmatan biro ini akan diteruskan buat sementara waktu sehingga masalah gangguan akses ini berjaya diatasi dan kami akan maklumkan segera perkembangan terkini kepada pihak tuan/puan.

  1. Kerjasama pihak tuan/puan adalah dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada semua peguam.

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

HAMIDAH

 (HAMIDAH BINTI MOHAMED DERIL)

Pengarah

Bahagian e-Kehakiman

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3, Istana Kehakiman

Presint 3, 62506 Putrajaya

Tel : 03 88803531

(4)

Categories: General

Comments are closed.