Sesi Perbincangan Berkaitan Pesalah Kehadiran Wajib (PKW)

  • By phangjaijuet
  • April 27, 2018
  • Comments Off on Sesi Perbincangan Berkaitan Pesalah Kehadiran Wajib (PKW)

Pada 24 April 2018, jam pukul 4.00 petang,  Jabatan Penjara Malaysia Melaka telah mengadakan sesi perbincangan berkaitan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) di Malacca Bar Auditorium. Seramai 48 orang telah menghadiri sesi perbincangan tersebut. Sesi Perbincangan tersebut telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Peguam Negeri Melaka, Encik Jaspal Singh Gill.

Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Akta 461 merupakan gantian hukuman penjara bagi kesalahan yang sesuai.  Ianya merupakan kerja-kerja pemasyarakatan oleh pesalah yang didapati bersalah dibawah akta-akta tertentu.  Perlaksanaan ini meliputi kerja-kerja kebersihan yang dilaksanakan dalam masyarakat dan diawasi oleh Jabatan Penjara Malaysia.

(13)

Categories: General

Comments are closed.